Kesahihan Maklumat
Media Sosial
Media merupakan satu saluran yang
dapat menyalurkan informasi dari sumber informasi kepada penerima informasi.
Pada masa dahulu orang mengunakan majalah, surat khabar dan radio sebagai wadah
utama dalam media tetapi sekarang pelbagai jenis teknologi lahir bagai cendawan
tumbuh selepas hujan seperti komputer, telefon digital, dan media sosial.
Media biasa seperti surat khabar atau
televisyen memberi limitasi kepada para pengguna kerana para pengguna sukar
untuk memberi pendapat atau pandangan bebas terhadap sesuatu perkara yang
disiarkan. Akan tetapi dengan adanya media sosial, para pengguna dengan mudah
dapat melemparkan pendapat masing-masing dan dapat berkomunikasi ke seluruh
dunia tanpa halangan.
Ini kerana teknologi komunikasi
adalah satu aspek penting dalam pembentukan media. Tanpa teknologi komunikasi,
maka proses media bekerja akan menjadi lambat dan tidak efisyen. Oleh sebab
itu, media memainkan peranan penting dalam membentuk satu Negara yang kukuh
dari segi ekonomi, politik dan social. Ini kerana, segala informasi yang dapat
disalurkan dengan mudah dan cepat. Teknologi komunikasi kian maju sehingga
timbul satu fenomena dalam industri media komunikasi yang dipanggil “Media
Baru”.
Laman sosial ialah alat untuk
berkongsi dan berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia di alam maya.
Pada masa kini, seseorang yang tidak memiliki akaun di laman sosial dikatakan
ketinggalan zaman dan tidak mengikuti perkembangan teknologi semasa. Di antara
laman sosial yang popular ialah Facebook, Twitter, Google+ dan MySpace.
Laman sosial ini bertambah popular
kerana ianya boleh di akses di mana saja berada hanya dengan menggunakan
telefon bimbit. Di sebalik keghairahan masyarakat kita menggunakan laman
sosial, kita harus sedar tentang kebaikan dan keburukan menggunakan laman
sosial ini. Setiap masyarakat kita mesti mengambil sikap secara serius tentang
risiko-risiko yang bakal dihadapi hasil dari laman sosial ini.
Kemudahan melalui ICT sering
disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang selalu dikaitkan
dengan teknologi ICT ialah penyebaran fitnah dan gossip oleh satu pihak bagi
tujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Fitnah disebar
menggunakan laman web internet, sms, mms dan media lain terutama di musim
pilihanraya. Hal ini mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan
bernegara. Menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang
sangat besar. Fitnah memberi kesan terhadap maruah dan kedudukan seseorang
individu serta keluarganya.
Kewujudan Internet, komputer dan juga
telefon pintar menyebabkan ramai boleh jadi ‘wartawan’ dan penyebaran berita
juga lebih pantas berbanding dulu. Kini ramai yang tidak pasti dengan kesahihan
tentang sesuatu maklumat akan terus menyebarkan kepada orang ramai melalui
media sosial.
Pengamal media memainkan peranan
penting memastikan kesahihan setiap maklumat sebelum disampaikan kepada
khalayak ramai. Jika sesorang itu menyebarkan sesuatu perkara yang salah
mahupun fitnah tanpa menyiasat kesahihan berita tersebut mereka boleh berdepan
dengan saman fitnah jika memburukkan imej individu tanpa bukti manakala jika
menyebarkan berita tidak tepat mengenai kerajaan sehingga menyebabkan kekecohan
mereka boleh ditahan di bawah Akta Hasutan.
Maklumat yang tepat dan benar
kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan
kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal agama yang perlu dipastikan
kebenarannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan bagi
menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan menyesatkan orang lain. Hal ini
memberi cabaran terhadap proses tradisonal dalam mendapatkan maklumat yang
sahih.
Misalnya dengan hanya merujuk kepada bahan
dari internet seperti al-Quran kemungkinan berlaku kesalahan fakta seperti ayat
dari versi Israeliyat. Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada sumber asal bagi
mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Kesan yang nyata dari amalan
ini ialah ramai pencari maklumat mudah mempercayai bahan yang diperolehi dari
internet. Rujukan maklumat semata-mata kepada internet tanpa pengesahan akan
menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat.
Jueteru sesorang penulis berita perlu
menghayati ajaran Islam yang menyatakan bahawa membuat fitnah itu lebih besar
dosanya daripada membunuh manakala pembaca perlu menilai sebelum menyebar
semula berita itu di laman Facebook atau Twitter. Pembaca harus memeriksa
terlebih dahulu sumber maklumat yang diperoleh daripada Internet dan tidak
sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat itu, jika ada rasa was-was ini mungkin
akan menyebabkan tersebarnya fitnah kepada orang ramai.
Penggunaan dan pengaruh dalam
kehidupan masyarakat kini sudah tidak dapat dipisahkan dengan ICT dalam banyak
aspek kehidupan. Bagi mengelak atau mengurangkan kesan negatif dan
menghancurkan nilai-nilai positif agama dan budaya masyarakat kita serta
menjamin survival nilai-nilai positif masyarakat, semua pihak dan dari berbagai
peringkat mestilah memainkan peranan mengukuhkan nilai agama, moral dan etika
masyarakat kita, khususnya bagi generasi muda bagi mengelak daripada kesan
negatif yang akan semakin parah.
Justeru sesorang itu harus mengetahui
kesahihan sesuatu media itu agar maklumat yang di sebarkan itu adalah benar dan
tepat supaya ia tidak akan mengaibkan mana-mana pihak.


No comments:
Post a Comment