Thursday, 4 December 2014

Senaman kempiskan perut boroi.

Orang Kurus Masih Tetap Buncit?  Ada segilintir orang juga mengalami masalah yang sama iaitu perut buncit walaupun badan mereka kurus. Berikut merupakan senaman untuk kepiskan perut yang boleh diamalkan oleh semua. SELAMAT MENCUBA!!!














Artis yang melanjutkan pengajian di UiTM

Untuk melangkah kaki dalam lapangan glamor, bakat tidak disangkal menjadi syarat utama. Tetapi, harus diingat, persediaan diri akan lebih mantap jika dibalut kelulusan tinggi.  Malah, jika tidak lagi popular atau bersara, ilmu ditimba mampu membantu hari mendatang.

Walau segelintir artis di Malaysia tidak berpendidikan tinggi tapi tidak semua. Malahan ramai artis yang datang dengan pakej yang lengkap. Berbakat, cantik, hensem, dan berpendidikan tinggi adalah satu bonus bagi mereka. Bila artis perpendidikan tinggi mereka takkan mudah ditipu dan diambil kesempatan oleh golongan tertentu. Malah peminat akan semakin respect pada artis yang berpendidikan tinggi ini.

Senaraikan artis-artis tempatan yang bukan sahaja mempunyai bakat lakonan mahupun nyanyian malah cemerlang dalam akademik kelahiran UiTM.


Yuna
Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di Malaysia dan mampu menempa nama di persada antarabangsa. Namun tidak klise seperti 'pemuzik jalanan', Yuna memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).

Hanis Zalikha
Diploma in Business Admin dari UITM


Farid Kamil
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Seni Layar) UITM


 Ahmad Idham
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari UiTM


Awal Ashaari
Diploma Komunikasi dan Media dari UiTM


 Dira Abu Zahar
Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari UITM 

Fahrin Ahmad
Ijazah undang-undang dari UITM 

Faizal Tahir
Diploma Komunikasi Massa dari UITM

Fizo Omar
Diploma Kejuruteraan Awam UITM

Nadiya Nissa
Ijazah Sarjana Muda Penyiaran dari UITM 

Yatt Hamzah
 Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa & Pengajian Media dari UITM 

Wednesday, 3 December 2014

Gosip bukan halangan untuk berjaya.


Pengacara dan penyampai radio popular, Jimmy Shanley membuktikan bahawa gosip dan masalah rumah tangga yang menimpa dirinya sejak kebelakangan ini bukan halangan untuk beliau berjaya. Jimmy telah membuktikan dengan  menggenggam segulung sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan (MBA) pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-81, baru-baru ini.
 
Di hari istimewa ini, Jimmy telah ditemani oleh isteri tercinta, Mariam Jamilah Abdul Jalil yang menjadi inspirasi disebalik kejayaannya. 
 
Dalam pada itu, Jimmy juga merancang untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat Doktor Falsafah dalam masa empat tahun lagi. 

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN SATU PENILAIAN SEMULA.


Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah sebahagian daripada dasar kerajaan yang digubal dan mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Ia berpandukan kepada program jangka panjang Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990). Peristiwa 13 Mei telah memberi kesedaran supaya diwujudkan satu dasar untuk mencapai perpaduan kaum di negara ini. Secara teori, Dasar Kebudayaan Kebangsaan menjadi strategi jangka panjang untuk mewujudkan bangsa Malaysia.

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia dan dalam pengertian yang luas ialah pakaian batin yang dilahirkan melalui proses penghayatan yang berkesan dan mendalam kepada diri sesorang. Kebudayaan ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan.

Budaya dalam konteks pendidikan semasa dilihat melalui budaya  di sekolah yang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Murid akan di didik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarkat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah. Sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk  menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini membolehkan murid yang dihasilkan sekolah boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum.

Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan kesleuruhan aspek yang mengandungi budaya rakyat asal. Budaya adalah lambing dan institusi kebangsaan. Budaya adalah hasil ciptaan nasional yang merangkumi aspek kepercayaan, pemikiran, falsafah, moral, undang-undang, etika, kesenian, bahasa, kesusateraan dan cara hidup yang disebati untuk diterima bersama. Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsikan semua masyarakat. Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian kelompok di Malaysia dan terus diamalkan untuk mengangkat martabat negara.


Kebudayaan merupakan sesuatu yang dinamik, yang sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Sebagai contoh masyarakat Baba Nyonya yang telah mengalami asimilasi hasil daripada penyerapan budaya masyarakat setempat. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Oleh hal demikian, unsur-unsur kebudayaan masyarakat yang lain seperti budaya cina, india arab, barat dan lain-lain yang sesuai wajar diberi perhatian dan diterima dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan

Shapadu delays IPO to Q1 2015


Shapadu Corp Sdn Bhd has deferred its paperwork submission to the Securities Commission for an initial public offering (IPO) of its oil and gas (O&G) business to the first quarter of next year.

The company aims to raise up to RM300 million from the IPO. Shapadu group executive director Datuk Rosthman Ibrahim attributed the delay to a merger failure.

“There was supposed to be a merger with a foreign company (as part of the IPO plan) but it did not happen. Still, we are eligible to go on our own,” he said after the launch of Shapadu Putrajaya Haven, a mixed development project in Presint 2, by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, 

“We have been talking to a few investment banks to secure the best proposal for submission. Hopefully, this can be finalised by year-end for submission in the first quarter of next year.”

On the O&G business, he said the company had tendered for contracts worth RM3 billion this year.

“We hope to land some of the contracts from next month until year-end, hence building up our order book of RM400 million at present.”

Raja Azmi Dihalang Memasuki UiTM...

Selepas Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, penerbit terkemuka, Raja Azmi Raja Sulaiman kali ini pula dilarang daripada mengadakan pertemuan bersama pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Penulis novel Karkuma sepatutnya dijadualkan hadir pada slot dialog bersama universiti tersebut yang berlangsung semalam bersempena dengan ArtFest anjuran Kelab Pengurusan Seni Anomalist UiTM Shah Alam.

Beliau sebelum ini dijemput untuk mengisi slot festival seni dan bersetuju untuk diadakan tayangan filem …Dalam Botol dan diikuti dengan sesi dialog bersama orang ramai.

Larangan tersebut timbul ketika Raja Azmi mahu mempromosikan novel 'Karkuma' termasuk mengadakan pertemuan dan dialog bersama pelajar universiti.


Difahamkan, Raja Azmi dijemput untuk mengisi slot festival seni mereka dan telah bersetuju untuk diadakan tayangan filem 'Dalam Botol'. Selain itu, ia akan diikuti pula dengan sessi dialog bersama orang ramai.

Filem 'Dalam Botol' merupakan filem terbitan Raja Azmi dan diarahkan oleh Khir Rahman. 

Namun, pada hari yang dijadualkan, pihak penerbit Merpati Jingga mendapat panggilan yang memaklumkan bahawa Raja Azmi tidak dibenarkan mengadakan sessi tersebut.

Berdasarkan surat pembatalan yang dihantar oleh Pengarah Program Rul Iman Nur Rahidzab, mereka dimaklumkan bahawa ia merupakan arahan daripada pihak atasan universiti dan dipercayai dinaungi oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Alumni UiTM.



Tuesday, 2 December 2014

Parti Bogel dianjurkan Wanita 31 Disember ini.



Seorang wanita dengan beraninya menganjurkan serta mempromosikan private party’nya di Facebook secara terbuka yang mana melibatkan umur 18 tahun ke atas sahaja.

Facebook Page berkenaan cuba untuk menganjurkan sebuah private party yang bertemakan gaya ‘#Na-ked Foam’ yang bakal diadakan pada 31 Disember 2014.

Parti berkenaan akan diadakan di ONEKL. Penyertaan pula hanya dari kalangan pembeli produk mereka sahaja. Yuran pula hanya akan didedahkan kepada mereka yang berminat.

Dari segi pakaian pula, wanita dikehendaki memakai bikini. Manakala lelaki pula disyaratkan berpakaian casual.

Tarikh tutup untuk menyertai private party tersebut sepatutnya tamat pada 30 November. Bagaimanapun telah dilanjutkan sehingga 2 petang 2 Disember atas permintaan ramai.

Restoran Tok Keramat...

Sebuah kedai makan yang mungkin antara yang termurah di Malaysia terletak di jalan Ilmu berhampiran Tanjung pauh,Jitra kedah, dimana mengenakan cas yang amat murah untuk pelanggannya menikmati makanan.

Bayangkan secawan kopi ‘O’ hanya 20sen? kalau di Kuala Lumpur Kopi ‘O’ ni dah RM 1.20 beza seringgit tu, banyak bezanya. mereka bukan sahaja menyajikan makanan lauk pauk murah malah kalau anda ingin menambah nasi harga nasi tambah anda adalah percuma.



Jadi tidak hairanlah ramai orang berduyun-duyun datang ke kedai ini.Apa yang dibuat kedai ini semestinya menarik minat pelajar-pelajar yang berada dikawasan itu untuk menjamah makanan di kedai ini kerana restoran ini berdekatan dengan empat buah kolej utama iaitu Politeknik Sultan Abdul Halim Muazam Shah(Polimas), Intitut Perguruan Darul Aman(IPDA), Institut Aminudin Baki cawangan utara dan Institut Latihan Perindustrian.

Memang ramai jawabnya pelajar-pelajar akan datang ke kedai ini. Restorna ini jugak sedang membuat promosi dimana mereka akan menghadiahkan sebiji motosikal bagi pelanggan mereka yang ke sejuta. Siapalah yang bertuah itu.

Monday, 1 December 2014

Cuti Sekolah Tiba LAgi...

Cuti sekolah tiba lagi. Ketika ini pelbagai ragam dan keadaan dialami pelajar dari 10,101 sekolah yang memulakan cuti semester akhir penggal persekolahan tahun 2014 selama 44 hari sejak minggu lalu.


Ketika ramai yang sudah mengemaskan beg sekolah masing-masing dan menutup buku lama. Ada yang gembira dan bersedih apabila sudah menerima keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang diumumkan pada 26 November di seluruh negara.

Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan sekalung tahniah kepada pelajar yang berjaya mencapai keputusan cemerlang 5A dan 7A dalam ujian itu. Kepada yang kurang menyerlah, usah bergundah-gulana kerana perjuangan belum selesai. Anda tetap boleh melanjutkan pelajaran di Tingkatan Satu pada tahun 2015 nanti.

Bercerita pengalaman cuti sekolah yang pernah saya lalui beberapa tahun lalu amatlah menarik untuk dikongsi bersama pelajar, guru dan ibu bapa kepada lebih 5,218,621 pelajar seluruh negara. Dulu lain, sekarang pula lain.

Kini, masa dan zaman sudah berubah. Ramai adik pelajar kita gemar menggunakan cuti semester untuk mencari pendapatan sampingan dengan menjadi pembantu jurujual di restoran, pasar raya, stesen minyak dan gerai menjaja makanan harian di kawasan kediaman mereka.

Usah dilupakan pesanan lebih 400,000 guru di sekolah rendah dan menengah kepada anak murid mereka akan kepentingan mengisi masa dengan tabiat bermanfaat musim cuti persekolahan.
Kini, dapatlah dilihat anak pelajar lebih proaktif, kreatif dan berketrampilan mengisi masa lapang sempena musim cuti sekolah. Ada yang mengambil kursus jangka masa pendek, kelas bahasa, kelas kemahiran dan kelas bidang perniagaan.

Sebaiknya, pelajar perlu bijak memilih dan merancang program bermanfaat sepanjang cuti persekolahan ini. Anda perlu mengikut nasihat guru yang amat berguna. Tambahan pula cuaca yang tidak menentu mengundang bencana alam seperti banjir dan kejadian yang tidak baik berlaku di beberapa kawasan dalam negara kita.

Malaysia Mara ke separuh Akhir Aff Suzuki Cup 2014

Malaysia mempamer karakter hebat ketika membenam penyandang juara, Singapura 3-1 di Stadium Nasional, Kallang untuk melangkah ke separuh akhir Piala AFF Suzuki.

Selepas kedudukan terikat 0-0 pada babak pertama, Malaysia tampil dengan aksi lebih kemas di separuh masa kedua dan berjaya membuka jaringan menerusi Safee Sali pada minit ke-61.

Bagaimanapun tuan rumah mengejutkan Harimau Malaya apabila berjaya menyamakan kedudukan, 22 minit kemudian selepas Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal menolak bola muntah yang gagal ditepis kemas oleh penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Permainan kelihatan hampir akan tamat dengan kedudukan 1-1, namun Mohd. Safiq Rahim menggembirakan penyokong Malaysia apabila meletakkan pasukan negara kembali di depan pada waktu kecederaan menerusi sepakan penalti selepas Amri Yahyah dijatuhkan pertahanan lawan dalam kotak penalti.

Ketika Singapura ghairah untuk mencari gol penyamaan dengan semua pemainnya diarahkan turun ke kawasan Malaysia, pasukan negara mengatur serangan balas dan akhirnya pemain veteran, Indra Putra Mahyuddin menyempurnakan gol ketiga untuk kemenangan 3-1.

Malaysia melayakkan diri ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B, mengiringi Thailand yang dinobat sebagai juara selepas menumpaskan Myanmar 2-0 dalam satu lagi perlawanan di Stadium Jalan Besar.