Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah
sebahagian daripada dasar kerajaan yang digubal dan mula dilaksanakan dalam
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Ia berpandukan kepada program jangka
panjang Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990). Peristiwa 13 Mei telah memberi
kesedaran supaya diwujudkan satu dasar untuk mencapai perpaduan kaum di negara
ini. Secara teori, Dasar Kebudayaan Kebangsaan menjadi strategi jangka panjang
untuk mewujudkan bangsa Malaysia.
Kebudayaan merupakan keseluruhan cara
hidup manusia dan dalam pengertian yang luas ialah pakaian batin yang
dilahirkan melalui proses penghayatan yang berkesan dan mendalam kepada diri
sesorang. Kebudayaan ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia merangkumi
cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil kehidupan
kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan.
Budaya dalam konteks pendidikan
semasa dilihat melalui budaya di sekolah
yang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Murid akan di didik
untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarkat
juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah. Sebagai pendidik, adalah
menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan
pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut
acuan Malaysia. Ini membolehkan murid yang dihasilkan sekolah boleh diterima
oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum.
Budaya dalam masyarakat dikatakan
melibatkan kesleuruhan aspek yang mengandungi budaya rakyat asal. Budaya adalah
lambing dan institusi kebangsaan. Budaya adalah hasil ciptaan nasional yang
merangkumi aspek kepercayaan, pemikiran, falsafah, moral, undang-undang, etika,
kesenian, bahasa, kesusateraan dan cara hidup yang disebati untuk diterima
bersama. Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsikan semua
masyarakat. Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian
kelompok di Malaysia dan terus diamalkan untuk mengangkat martabat negara.
Kebudayaan merupakan sesuatu yang
dinamik, yang sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian
secara berterusan. Sebagai contoh masyarakat Baba Nyonya yang telah mengalami
asimilasi hasil daripada penyerapan budaya masyarakat setempat. Prinsip ini
bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai
budaya. Oleh hal demikian, unsur-unsur kebudayaan masyarakat yang lain seperti
budaya cina, india arab, barat dan lain-lain yang sesuai wajar diberi perhatian
dan diterima dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan
.jpg)
No comments:
Post a Comment